BAHAN-BAHAN
1 ekor ikan siakap
(Sy guna separuh sbb mkn 2 org)
4 biji bawang putih
5 biji bawang merah
2 batang serai
Halia secukupnya
Sos tiram
Sedikit garam
1 biji Limau nipis
Air sedikit
* ikan digaul dgn garam secukupnya
* bawang putih,bawang merah,halia,serai
Dipotong kecil2
CARA-CARANYA
Masukan ikan kedalam bekas dan campur semua bahan yang telah dipotong tadi,sos tiram dan sedikit perasa..buat mcm dalam gambar dibawah... kemudian masukan dlm periuk pgukus biarkan seketika..sehingga ikan masak...kemudian masukan perahan air limau nipis td... biarkan dlm 5minit kemudian tutup api...
*kalau sy tambah air sedikit...sbb suami suke hirup...sdp katanya...
Tadaaaa....siap... dah boleh makan...
Selamat mencuba....